Thursday, October 11, 2012

laalllallalalla...

hepi ke nak konvo?
macam tak hepi je rasaye sebab mak ayah xdapat datang..;(
well thanks to my sis yg sudi memeriahkan suasana..;)
jhjgyudrts

Friday, August 24, 2012

nak tukar ke blog masak2 plak rasanye

salam n slamat pagi.. tanggal 2012...09.05am...terubat jua kerinduan menulis disini setelah sekian lama xdpt berbuat demikian,.. owhh sungguh banyak yg berlaku n telah berlalu namun xdpt nak d tulis di sini sbb lappy buat hal..hri ni bru dpt tulis2 sbb guna lappy adek. hurmm sungguh bahnyak yang telah berlaku dlm hdup aku..
blajar dah habis..dan baru je hbis LMPK..kat skolah SMK DATO ABU BAKAR BAGINDA, BANDAR BARU BANGI,,..SELANGOR. happy dpt skolah tu sbb dekat ngn UPM..ulang alik je..xperlu cri rmh sewa. cikgu2 kat situ pon baik2,,,xkedekut, sua share ape2 jua. anak2 didiknye jugak bagi aku xde la teruk sangt mcm yg d genbar- gemburkan..aku senang d situ..hope ade rezki d situ lagi..hehehe

nnt nak letak pic banyak2 time LMPK dulu..;)

k out dulu..

Monday, December 12, 2011

....::::: ANDAI LELAKI TAHU::::::....... ;)



Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

cont..telur penyu menangis lagi la kisahnye...;)

ermm xsangka hri ni kisahnye bsmbung lgi tp xpsti plak bila akan tamat n ape kah kesudahannye..well thanks god, bagi aku kekuatan untuk trima sgalanye..xsangka pihak sana pon seberani itu..akan ku ingt tanggal 12/12/2011 ini sepanjang akal ku masih waras..thanks alot ye..sbb pihak sana mampu buatkan sesuatu yang memang xpernah d sangka2..sebegitu cara penemuan pihak aku n sana..so simple n ASAP..mmg kedua2 pihak sangt2 xsangka. MIRACLE  n hope berterusan ke akhir hayat dengan brlandaskan hukum n syariat yang tlh d tetapkan oleh NYA.hohoo to be continue..KISAH TELUR PENYU MENANGIS D PANTAI RANTAU ABANG...;)

Saturday, December 10, 2011

...::::ape kesudahannye kisah telur peenyu menangis d pantai rantau abang..:::::.............

hai seperti biasa pepagi ni bangun awal walopon hri ni cuti, xde klas..tp dh terbiasa bangun awl nk buat cmn kan..dh cuba 'peram' pon tp mood tuk tdo xdtng2 jugk..so ape lgi, let cont ape2 yg tertangguh ler kan..hehee banyak bebenor kejenye nih sebenarnye..tp ......................(M). 

well pepagi gi dh on fb...teruja sangt sebab nk tengok komen2 yg brinformasi ..bkn ape..takot ketinggalan la.nnt orng samakan dengan 'katak bawah tempurung' plak kalo x elert..hehee.n yg pasti aku tertunggu2 komen dr someone tu..dr smlm aku tunggu tp mcm hampa je..dia bukan sape2 pon tp aku teruja sangt tuk kenal lebih dlm ngn dia sbb kami lni lain2 background..best sangt dpt kenal dia..byk benda blh blajar sbb dia lebih banyak ilmu dr aku..trutamanye bab2 pendidikan nih..dia baik, xkedekut ilmu..bagi je soalan ape pasti dia x hampakan. dlm masa yg sama jugak dia mampu naikkan aku nye motivate..n aku suka bila bhubung ngan dia..rasa senang walopon ade rasa kekok sikit kan..hurmm tp mungkin ah dia akn reply msg aku ?dr smlm xdpt feedback pon..mbe aku slp ckp ke yg blh mngguris hati n naluri dia?aiiihh aku x nitice plak bila masa aku wat mcm tuh..huhuu manusia biasakan..kalo wat slp ssh nak notice ni..hurmm xpe la klo dh xde rzki nak bkawan ngn dia nk wat cmna kan..life must go on!..xkn sbb dia xrply msg pon aku nk give up kan..slma ni bestfren aku xrply msg aku..aku ok je xkn ngan dia plak nk lelebih kan..buang current je la kalo mcm tuh..

hurmm ni aku tujukan khas buat dia n kwan2 aku yg lain


Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta
Dan harapan
Hidupku...oh sayang
Chorus:
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian
Yang kian mencengkam
Jiwaku
Malam-malam dingin membeku
Hari-hari kian kelabu
Dalam doa kudus
Ku sebut nama mu
Cinta ku
Oh sayang
Damailah
Kau di sana
Di sis
Tuhan
yang Esa

kalo awak terbaca ni..saya nak awak tau yang saya xterniat tuk buat awak n kwan2 saya yg lain terluka dgn kata2 saya sbb saya memang suka bertanya straigt 2 da point n xsuka sembunyi2..hope kita akan ttp jd kwan slamanye..thanks sbb dh bg saya sedikit pengetahuan kepada saya..ILTIZAM...itulah kata2 yg awk slalu ucapkan bila bagi saya nasihat or pndangan..hehee sangt menghargainye..~ngeeeee~

hope kisah telur penyu menangis d pantai rantau abang akan ade kesudahannye..;) 
to cont....haiihhh 

Thursday, December 8, 2011

..>>ORANG YANG KU SAYANG SAYANG<<...



Selamat tinggal sayang ku
Semoga engkau bahagia
Bersama kekasih baru
Dan biarlah aku membawa diri

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

1
Ada kalanya aku termenung mengenang sikapmu
Pandainya engkau mengukir janji
Lalu kau memungkiri
Sepi kurasa perjalananku
Penuh duri rindu
Sehingga fikiranku tak menentu

2
Cintaku melayang-layang
Wajahmu terbayang-bayang
Orang yang ku sayang-sayang
Kini dah disambar orang
Perit hatiku tidak terkata
Oh...bisanya

3
Selamat tinggal wahai sayang ku
Terima kasih kerana engkau
Sanggup melukakan hatiku ini

( Ulang 1, 2, 3 )

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

Moga dikau bahagia (3x)